Sunday, 1 May 2011

kenali batu permata

Batu Permata atau dalam bahasa Inggerisnya di sebut sebagai Gemstone, adalah batu perhiasan yang selalu diguna pakai oleh manusia sejak dari dahulu kala sehinggalah sekarang untuk pelbagai kegunaan. Manusia menggunakannya sebagai perhiasan di jari, leher, telinga, dan sebagainya untuk kelihatan lebih menawan.


Batu Permata adalah dijumpai dari dalam perut bumi, di atas muka bumi termasuklah dari dalam lautan. Sebelum kita mengenali dgn lebih lanjut lagi satu persatu nama2 batu permata, terlebih dahulu kita kena mengenal dulu ketegori batu2 permata. Ia di ketegorikan mengikut kekerasan batu tersebut sebagaimana . Carta ini di namakan 'Mohs' Scale', iaitu merujuk kepada kekerasan batu permata.
Batu permata yang paling keras ialah berlian/diamond iaitu pada skala 10,corundum tahap 9, topaz tahap 8, quartz tahap 7 ortclase tahap 6 apatite tahap 5 flourite tahap 4 , calcite tahap 3, gypsum tahap2 dan talc paling rendah iaitu tahap 1.

Batu2 permata ini ketika di perut bumi di panggil sebagai kristal mineral. Ianya bergantung kepada sifat sistem bentuk semula jadi mineral berkenaan, Sebagaimana yang kita telah ketahui di atas tadi, ada terdapat 10 jenis ketegori batu mineral mengikut pembahagian kekerasan Mohs' Scale . Dalam setiap jenis batu mineral ada terdapat pelbagai bentuk sistem mineralnya
 
Jadi secara mudahnya dalam hendak mengenal jenis2 batu permata secara detail, kita kena kenal ketegori keluarga batu berkenaan. Ianya ada 10 jenis ketegori keluarga batu seperti berikut :-

- Diamond
- Corundum
- topaz
- quartz
- feldspar
- apatite
- fluorite
- calcite
- gypsum
- talc

kita berhenti setakat ini dahulu...isyaAllah kalau ada kelapangan saya akan sambung lagi info mengenai batu permata ini....

No comments:

Post a Comment